PERANCANGAN STRATEGIK DALAM ISLAM
DUA2022: PENGURUSAN DALAM ISLAM
E-FOLIO
NAMA AHLI KUMPULAN:
- NUR LIYANA BT RAMLI 02DAT17F2001
- NUR RASYIDAH BT MOHD ZAIDI 02DAT17F2016
- NURUL SYAHFIQAH BT S.RUSLIANSYAH 02DAT17F2020
- NURUL SYAZRIN AMYLIEA BT MOHD NORAWI 02DAT17F2022
PENGHARGAAN
Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kami menyiapkan folio kami yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk "perancangan strategik dalam islam". Folio ini amat penting buat kami memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja khusus subjek pengurusan dalam islam.
Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu kami sepanjang kami menyiapkan projek folio saya ini. Pertama sekali kepada rakan-rakan di dalam kumpulan kami kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan semangat kepada kami semua.
sekalung penghargaan untuk pensyarah subjek kami kerana memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang kami menyiapkan folio ini. Selain itu, kami juga sangat menghargai jasa pensyarah subjek kami kerana memberikan bimbingan, dan nasihat yang amat berguna untuk folio kami serta membantu kami dari semasa kami susah dan senang. Jasa beliau yang akan kami kenang ke akhir hayat.Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa kami kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada kami sepanjang folio ini disiapkan. Terima kasih yang tidak terhingga juga kami ucapkan kerana memberikan kami bantuan dari segi kewangan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan projek masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek folio amat hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan maklumat tidak akanvlupakan. Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek dijalankan dan dibentangkan.
PENGENALAN
Tajuk kumpulan kami ini ialah perancangan strategik dalam islam.Sebagai pengenalan blog kami, Dalam pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi, konsep perancangan dan strategi merupakan dua aspek yang perlu digabungkan kerana ia saling berkait (Mohd Salleh, 2002). Ini menunjukkan bahawa setiap proses perancangan perlu kepada mencapai objektif yang diharapkan. Melihat keadaan perkembangan pendidikan tinggi di Malaysia yang amat penting dalam mentransformasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi, rakyatnya berdaya saing serta berfikiran inovatif
memerlukan perancangan pembangunan yang strategik dan bersistematik melalui penggunaan sumber-sumber yang ada.
- · Perancangan strategik menurut Fred R. David (1991) adalah “the art and science of formulating, implementing and evaluating cross-functional decisions that enable an organization to achieve its objectives”. Maksud ini menjelaskan sesebuah organisasi perlu mencapai objektif melalui sesuatu keputusan berdasarkan strategi formula, pelaksanaan dan penilaian. Setiap strategi mempunyai kekuatan tersendiri dalam mencapai matlamat yang dituju. John M. Bryson (1995) menyatakan adalah “a set of concept, procedures and tools designed to help leaders, managers and other think and act strategically on behalf of their organization‟s stakeholders”. Definisi ini menjelaskan suatu mekanisme perlu diwujudkan bagi membantu p, pengurus dan pihak lain untuk berfikir dan bertindak secara strategik. Menurut ‘Abd al-Rahman al-Dahyan (1986), perancangan adalah di antara masa sekarang dengan akan datang. Menurut al-Sayid Muhammad Huwairi (1976) pula, perancangan ialah suatu usaha bagi menyediakan segala sesuatu yang bermanfaat melalui alatan, modal dan kewangan. Yusof Ismail di dalam bukunya bertajuk ‘Mengurus Secara Islam’, menjelaskan strategik ialah meliputi pengertian yang menyeluruh di dalam Islam iaitu tauhid kepada Allah SWT termasuk segala manifestasinya.
ELEMEN PERANCANGAN STRATEGIK BARAT DAN
ISLAM
- Fleksibel
membantu berlakunya perubahan organisasi
dengan bertindak balas terhadap perubahan persekitaran dan keperluan yang
dikehendaki bagi mencapai sasaran organisasi dan pelanggan. (James W. Taylor, 1979).
Sifat fleksibel
ini mampu menjadikan pengurusan organisasi itu lebih dinamik dan sensitif
dengan kejayaan masa hadapan melalui perebutan peluang yang ada serta lebih
kompetitif. (Peter Lorange, 1993).
Sifat fleksibel
yang elastik ini sentiasa mampu mencapai kejayaan melalui pelbagai usaha yang
dilakukan mengikut kehendak semasa.
- Keberkesanan kos
Philip M. Sherman (1982) juga menekankan perancangan kos yang berkesan dalam mendapatkan
keuntungan yang lebih besar berbanding kos yang dikeluarkan.
Pengurusan yang
efisien akan terhasil apabila menggunakan kos dan tenaga yang minimum dalam
masa yang singkat serta menepati objektif organisasi.
- Rasional
Menurut Sharifah Hayaati Ismail al-Qudsy (2010),Objektif
yang ditetapkan mestilah disesuaikan dengan keupayaan yang ada tanpa
memberatkan organisasi bagi mengelakkan objektif itu bersifat tidak strategik
sekiranya gagal dijayakan dalam jangka masa yang ditetapkan.
·
Merujuk firman Allah SWT di
dalam surah al-Hasyr ayat 18, maksudnya: “dan hendaklah tiap-tiap diri melihat
dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan(dari amalannya) untuk hari esok
(Akhirat)..” dan juga aplikasi dalam sirah Rasulullah SAW dan para sahabat.
Mereka telah membuat perancangan untuk melihat semua kemungkinan dan
mempersiapkan kelengkapan serta bertawakal kepada Allah SWT.
Ahmad al-Raysuni (1995) menjelaskan maqasid syariah adalah matlamat yang mahu dicapai oleh
syariat Islam untuk kepentingan hamba-hambanya ketika mensyariatkan sesuatu.
- Maslahah ammah
Maslahah ammah
adalah hasil daripada kaedah masalih mursalah yang tidak terdapat sebarang
hukum syarak sama ada mengharuskannya
atau mengharamkannya (Selamat
Hashim, 2010).
PRINSIP ASAS
PERANCANGAN ISLAM
Perancangan islam dengan bertunjangkan paradigma tauhid mempunyai beberapa prinsip utama
·
Amanah
·
Syura
·
Adill
1.
Amanah
Dalam islam,amanah telah sedia
wujud sebelum kelahiran seorang manusia ke dunia.Hal ini berdasarkan perjanjian
antara roh-roh manusia dengan Allah s.w.t. Firman Allah yang bermaksud :
“Dan aku tidak menciptakan jin
dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku”
(Surah Adz Dzariyat,Ayat 56)
Ciri-ciri amanah
:
·
Membuat kerja dengan jujur dan
ikhlas
·
Menguruskan masa dengan
sebaik-baiknya
·
Tidak menggunakan jawatan bagi
keoentingan peribadi
2.
Syura
Syura ialah penyertaan atau penglibatan
pekerja dalam proses membuat keputusan yang melibatkan kerja mereka.
Garis panduan melaksanakan syura :
·
Tidak boleh digunakan dalam
soal yang bercanggah dlm islam.
·
Perkara yang dibincangkan
perlulah sesuai dengan prinsip syura
3.
Adil
Keadilan bermaksud meletakkkan
sesuatu perkara kena pada tempatnya.
Ciri-ciri keadilan dlm pengurusan :
·
Membuat kerja sesuai dengan
fitrah individu masing-masing
·
Memberi upah,ganjaran atau
insentif yang sewajar kepada pekerja berdasarkan kerja yang dilakukan.
·
Menggunakan hukuman yang wajar
dengan kesalahan yang dilakukan.
Perancangan terkenal yang dibuat oleh
Nabi Muhammad s.a.w
Penghijrahan Nabi dari Kota Makkah ke Madinah
·
Berhijrah pada waktu malam
bersama dengan Saidina Abu Bakar
·
Mereka bersembunyi di Gua Hira’
selama 3 hari.
·
Baginda telah memilih &
mengupah seorang bukan islam sebagai penunjuk jalan.
Kesimpulan dari cerita ini:
Dalam pelaksanaan kerja,seseorang individu
tidak boleh melakukan sesuatu kerja tanpa merancang terlebih dahulu.
Info Tambahan :
·
Pengurus sebagai perancang yang
bijak ialah pengurus yang berfikiran jauh.
·
Perancangan ialah proses
pengurusan dilaksanakan bagi menolong
organisasi mencapai arah tuju.
KEPENTINGAN PERANCANGAN DALAM ISLAM
1.
Dapat menyediakan satu landasan
untuk organisasi bergerak.
2.
Dapat digunakan sebagai bahan
rujukan bagi memudahkan pengurus menilai pencapaian sebenar sesuatu bahagian.
3.
Membantu mengenal pasti peluang-peluang
yang terdapat di sesebuah negara.
PERANCANGAN ORGANISASI
Ada 5 unsur penting :
1.
Tujuan penubuhan
Akan menentukan
jenis atau bentuk perniagaan bagi sesebuah organisasi.
Tujuan
perancangan dlm islam pula mestilah tidak bercanggah dengan syariat Islam.
2.
Wawasan
Adalah untuk
mencapai kemajuan dari segi perpaduan negara dan kesepaduan sosial,sistem
pemerintahan dan meningkatkan mutu kehidupan.
3.
Misi
4.
Objektif
Contoh organisasi Islam yang terpilih dari segi perancangan yang baik
:
·
Lembaga Tabung Haji (LTH)
·
Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
·
Syarikat Takaful Malaysia Berhad
b)
Objektif perlulah boleh diukur
c)
Objektif mempunyai hierarki
5.
Strategi
LANGKAH ASAS DALAM PERANCANGAN
·
Menentukan dan menetapkan arah
tuju dan objektif
·
Meninjau situasi masa kini
·
Membuat analisis bantuan dan halangan
v SWOT (Strength,Weakness,Opportunity,Threat)
·
Mengadakan rancangan tindakan
JENIS
RANCANGAN
i.
Rancangan Berdasarkan Tempoh
Waktu
ii.
Perancangan Strategik dan
Perancangan Operasi
iii.
Rancangan Sekali Guna dan
Rancangan Kerap Kali Guna
KESIMPULAN
Kesimpulan yang kami dapat daripada perbincangan ini adalah perancangan strategik dalam islam
boleh dicapai jika kita mempunyai sikap rasional antara satu sama lain. Hal ini kerana,
perancangan yang strategi memerlukan kerjasama yang kukuh dalam mencapai sesuatu perkara.
Selain itu, organisasi yang mantap perlu ditubuhkan bagi mencetuskan pelbagai idea dalam
mencapai sesuatu misi. Maka, perancangan perlu dilakukan sebelum sesuatu kerja berjalan dengan
jayanya.
KESIMPULAN
Kesimpulan yang kami dapat daripada perbincangan ini adalah perancangan strategik dalam islam
boleh dicapai jika kita mempunyai sikap rasional antara satu sama lain. Hal ini kerana,
perancangan yang strategi memerlukan kerjasama yang kukuh dalam mencapai sesuatu perkara.
Selain itu, organisasi yang mantap perlu ditubuhkan bagi mencetuskan pelbagai idea dalam
mencapai sesuatu misi. Maka, perancangan perlu dilakukan sebelum sesuatu kerja berjalan dengan
jayanya.
BIBILIOGRAFI
ü Buku Pengurusan Dalam Islam
Penulis (Asmahan Mokhtar &
Nurshahiza Muhammad Isa)
ü Buku Pengurusan Di Malaysia – Dari Perspektif Islam)
Penulis (Azman Che Omar)
Comments
Post a Comment